
INFO KOPERASI
Apa Itu KoALPHA?
Koperasi Usahawan Amanah Alpha Berhad (KoALPHA) telah ditubuhkan secara rasminya di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 25 Oktober 2023 dan ibu pejabat bertempat di Kuala Lumpur. KoAlpha telah mendapat kelulusan penubuhan secara rasmi pada 31 January 2024.
Misi & Visi
MISI
Koperasi Usahawan Amanah Alpha Berhad (KoALPHA) mengutamakan profesionalisme dalam semua aspek kerja dan urusan perniagaan. Kami memastikan pelanggan kami menerima tahap perkhidmatan yang berkualiti melalui hasil kerja yang teliti dan cekap.
VISI
-
Memajukan perniagaan usahawan dari kalangan anggota.
-
Menjana pendapatan daripada pelaburan dan perniagaan.
-
Membantu meningkatkan taraf ekonomi dan taraf hidup anggota melalui pelaburan-pelaburan yang menuntungkan.
Mengapa perlu sertai KoALPHA
1. PROFESIONALISME
KoALPHA mengutamakan profesionalisme dalam semua aspek kerja dan urusan perniagaan. Kami memastikan pelanggan kami menerima tahap perkhidmatan yang berkualiti melalui hasil kerja yang teliti dan cekap.
2. INTEGRITI & AKAUNTIBILITI
Integriti dan akauntibiliti memainkan peranan utama dalam budaya kerja dan operasi KoALPHA. Kami memastikan setiap tindakan dan keputusan dalam urusan perniagaan sentiasa berlandaskan prinsip-prinsip etika dan perundangan. Kami juga menitik-beratkan aspek akauntabiliti terhadap setiap transaksi kewangan untuk memastikan kepentingan pelanggan kami sentiasa dilindungi.
3. KEPERCAYAAN
KoALPHA memberi keutamaan keapada amalan perniagaan yang telus dan beretika, memastikan setiap pelaburan diurus dengan berhemah dan bertanggungjawab serta mematuhi etika Syariah.
Ikrar
Kami, warga KoAlpha, dengan ini berikrar dengan segenap jiwa dan raga untuk mendukung penuh cita-cita KoAlpha menjadi koperasi bertaraf dunia yang cemerlang, berkomitmen, dan berdaya saing sebagai wadah pembangunan ekonomi umat.
Demi mewujudkan cita-cita mulia tersebut, kami berpegang teguh pada prinsip-prinsip berikut:
-
Saling berkerjasama dalam menjaga kepentingan Anggota dan KoAlpha.
-
Bersatu di bawah naungan KoAlpha.
-
Bersikap prihatin dan saling menghormati diantara satu sama lain.
-
Sentiasa bersyukur dan berpegang teguh kepada ajaran agama.
Pengurusan Tertinggi Koperasi

AHMAD YUSOFF HAMZAH
Pengerusi

INTAN NURSYAZANA
Bendahari
Anggota Lembaga Koperasi
SYED MAHADZIR FADAAK
SYED JAMIL FADAAK
ERNA ELLIYANA ROSLI
ZALINA ZAKARIA